comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bantu keluarkan lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta 

KOTA KINABALU: Pasukan bomba membantu mengeluarkan seorang lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Jalan Lintas, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 30 tahun disedari berada di dalam kereta itu pada jam 12.30 tengah hari oleh orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak bomba.

Susulan itu 4 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas teah digerakkan ke lokasi kejadian.

Mengikut laporan Komander Operasi, PB Stanley Peliment, seorang lelaki lingkungan umur 30-an didapati tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 dengan menaiki kenderaan Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini