comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bantu lelaki Myanmar; motosikal jatuh tebing

Anggota bomba membantu mengeluarkan lelaki warga Myanmar yang dipercayai terjatuh bawah tebing di Kampung Tanjung Sik. – FOTO: Ihsan BBP Sik.

SIK: Seorang lelaki warga Myanmar nyaris maut selepas motosikal yang ditungganginya terjatuh hingga ke bawah tebing sedalam kira-kira empat meter di Kampung Tanjung Sik, di sini hari ini.

Kejadian itu disedari orang awam yang ternampak motosikal mangsa tersangkut pada pokok sebelum memaklumkannya kepada pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.32 petang.

Sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Mat Zuki Mat Noh tiba di lokasi bersama lapan anggota.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke tebing sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.”

“Mangsa berusia 40-an itu mengalami luka di bahagian muka dan cedera di kaki serta tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal dalam cuaca panas ketika ini.

Nasihatnya, orang ramai juga perlu berhenti jika mengantuk untuk mengelak berlaku kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini