comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bantu urus jenazah wanita obesiti 250 kilogram

BALIK PULAU: Khidmat anggota bomba digunakan bagi membantu mengangkat jenazah seorang wanita warga emas obesiti di Kampung Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau Mohd Ferdus Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.39 pagi bagi meminta bantuan mengangkat jenazah wanita obesiti.

“Sebaik kami tiba di rumah mangsa mendapati penduduk memerlukan bantuan mengangkat jenazah seorang wanita berusia 66 tahun yang mempunyai berat 250 kilogram.

“Seramai empat anggota termasuk penyelia membantu penduduk mengangkat dan membawa jenazah terbabit dari rumahnya ke Tanah Perkuburan Islam Titi Teras, di sini,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, jenazah wanita itu dibawa ke tanah perkuburan dengan menggunakan lori bomba -BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini