comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bantu wanita obesiti ke hospital

TAWAU: Seorang wanita obesiti dengan berat badan 200 kilogram terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkatnya ke ambulans sebelum dihantar ke hospital Tawau, di sini, hari ini.

Wanita berusia 53 tahun itu sebelum itu mengalami muntah-muntah di kediamannnya di tingkat satu di sebuah bangunan kedai di Batu 3 Jalan Apas, Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat mangsa obesiti terbabit.

“Sepasukan enam pegawai dan anggota bomba Tawau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi.

“Sebaik tiba pasukan operasi membantu mengangkat mangsa dari tingkat satu ke ambulan KKM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jemishin berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan pada jam 10.28 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini