comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bomba pindahkan mangsa banjir kilat di Sungai Petani

 

SUNGAI PETANI: Pasukan bomba dan penyelamat memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan dinaiki air Kampung Raja, Jalan Bakar Sampah di sini petang tadi.

Menurut Pegawai Keluaran Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azlan Abdul Aziz pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat pada jam 5.26 petang.

Susulan itu pihaknya membantu memindahkan seorang lelaki warga emas berusia 70-an dari rumahnya di Kampung Raja ke rumah kediaman ahli keluarga mangsa.

“Selain itu, dua kawasan lain iaitu Taman Mutiara Indah dan Taman Songket turut dinaiki air.

“Selain itu, hasil pemantauan di kawasan yang terjejas di daerah ini mendapati paras air akibat banjir kilat dilaporkan setinggi 0.6 meter,” katanya.

Azlan berkata, tindakan anggota operasi adalah dengan memantau dan menasihatkan penduduk terbabit supaya berpindah ke tempat selamat sekiranya paras air meningkat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini