comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba, polis teruskan usaha pujuk orang kurang siuman

SANDAKAN: Sejak Isnin lalu pasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan serta polis hari ini masih tidak putus asa untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman turun dari bumbung sebuah blok bangunan rumah pangsa empat tingkat, di sini.

Kejadian itu mengundang cemas penduduk apabila lelaki berusia 39 tahun berkenaan tidak mengendahkan pujukan supaya dia turun dari bumbung dengan selamat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.45 malam Isnin, namun BBP Sandakan menerima panggilan kecemasan pada 10.58 malam hari sama.

“Proses memujuk lelaki itu oleh pasukan penyelamat dengan dibantu keluarganya sedang giat dijalankan.

Maklumat berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan lebih 30 anggota bomba serta 12 pegawai dan anggota polis berada di tempat kejadian untuk membantu menyelamatkan lelaki itu.

Tinjauan Bernama di perumahan terbabit mendapati lelaki itu dilihat berzikir, melaungkan azan serta membuat pergerakan solat di atas bumbung itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini