Tumpuan :
Nasional

Bomba selamatkan guru dan murid SK Padang Kubu

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa keluar ke jalan utama sebelum pihak sekolah menyerahkan kesemua murid kepada ibu bapa mereka.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: 14 guru dan 29 murid SK Padang Kubu, di sini, diselamatkan bomba setelah sekolah itu terkepung banjir.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad selaku Komander Operasi, jalan utama ke SK Padang Kubu sepanjang 500 meter dinaiki air sedalam hampir satu meter.

“Operasi membawa keluar kesemua mangsa jam 7 pagi dan berakhir jam 9 pagi tadi.

“14 guru yang tinggal di kuarters guru turut sama membantu memastikan kesemua murid yang tinggal di asrama sekolah berkenaan dibawa keluar dengan selamat”, katanya.

29 murid itu terdiri dari 12 murid lelaki dan 17 murid perempuan.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa keluar ke jalan utama sebelum pihak sekolah menyerahkan kesemua murid kepada ibu bapa mereka.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini