comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba selamatkan pemandu terkandas

MELAKA: Dua lelaki diselamatkan anggota bomba selepas van dan kereta dipandu mereka tersekat dalam banjir kilat di Ayer Keroh Height, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Ramli, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.49 petang.

Katanya, seramai 13 anggota termasuk tiga dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi untuk bantuan menyelamat dan tiba di lokasi jam 3.54 petang.

“Setiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah van dan kereta Proton Persona terperangkap di dalam banjir di Jalan Setia 1, Ayer Keroh Height, namun kedua-dua pemandu terselamat.

“Kerja-kerja mengalihkan kereta dan van selesai jam 4.17 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 4.24 petang,” katanya dihubungi di sini.

Loading...
Terkini