comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba terima kes wanita dirasuk ketika mendaki

Anggota bomba terpaksa membawa turun seorang wanita yang dipercayai dirasuk dengan menggunakan pengusung. – FOTO : Ihsan JGBPM

PETALING JAYA : Seorang wanita dilaporkan dirasuk ketika mendaki Bukit Jugra Trail di Kampung Permatang Pasir, Banting Selangor.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari tadi.

Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang wanita berusia 20-an disyaki dirasuk ketika mendaki dalam jarak tiga kilometer dari tempat pendakian.

“Mangsa telah dibawa turun oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan pengusung”, katanya.

Bagaimanapun wanita itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.

Loading...
Terkini