comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bonus diterima penjawat awam dikecualikan cukai pendapatan

 

 

KUCHING: Pemberian Bonus kepada penjawat awam di semua negeri akan dikecualikan daripada dikenakan cukai pendapatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan terbabit dibuat selepas mengambil kira serta pertimbangan jumlah bonus yang diterima oleh penjawat awam yang tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.

“Saya fikir munasabah, bonus itu tidak tinggi, jadi oleh itu bonus akan dikecualikan cukai dan ini terpakai kepada penjawat awam di semua negeri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching.

Menurut Datuk Seri Anwar, isu pengecualian cukai bagi bonus yang diterima oleh penjawat awam itu merupakan antara desakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, walaupun usul berkenaan dicadangkan untuk Sarawak namum keputusan terbabit terpakai untuk penjawat awam di semua negeri.

Loading...
Terkini