comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot bertembung, remaja lelaki ditemukan lemas

Oleh: Safwan Sawi

SANDAKAN: Seorang remaja yang lelaki dikhuatiri hilang di laut, ditemukan lemas pagi tadi selepas bot dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lagi bot dalam kejadian di Perairan Kampung Bahagia, di sini, semalam.

Mangsa Azmin Isa, 24, ditemui orang awam pada jam 9.50 pagi tadi di lokasi mangsa dilaporkan hilang dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.52 malam tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dengan jarak lokasi kira-kira 15 kilometer (km) dihantar ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 11.08 malam.

“Menurut pengadu terdapat seorang mangsa hilang manakala empat lagi selamat selepas bot yang dinaiki bertembung dengan sebuah lagi bot,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini.

Operasi SAR pada hari ini bermula jam 7.40 pagi dengan menggunakan kaedah ‘surface rescue’ bersama agensi penyelamat lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada jam 9.50 pagi di lokasi mangsa dilaporkan hilang dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan jam 10.30 pagi.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini