comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot karam, kanak-kanak 7 tahun maut, seorang lagi hilang

Foto: Ihsan JBPM Sabah

Oleh Safwan Sawi

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak maut manakala seorang lagi hilang selepas bot dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Pulau Nusa Tengah, Semporna hari ini.

Mangsa yang maut, Nasirin Katibin, 7 tahun, manakala mangsa yang hilang Padli Ambit, 7 tahun.

Foto: Ihsan JBPM Sabah

Dua mangsa lelaki yang terselamat iaitu bapa kepada kedua-dua mangsa, Katibin Husni, 28 tahun, dan Ampir Gopek, 25 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang.

Empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 15 kilometer.

“Terdapat empat mangsa yang terlibat di mana tiga telah ditemui oleh Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu dua dalam keadaan selamat dan seorang lagi meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa belum ditemui setakat ini dan pasukan bomba bersama agensi penyelamat lain telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seluas 3.225 batu nautika dari lokasi bot dilaporkan karam,” kata kenyataan itu.

Operasi ditanggguhkan pada jam 4.50 petang dan akan disambung semula esok.

Loading...
Terkini