comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot nelayan asing kaut hasil laut negara ditahan APMM

Foto: APMM

 

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam di 145 batu nautika Timur Laut Muara Kuala Terengganu kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, kapal peronda Maritim Malaysia dalam Siri Operasi Naga Barat menahan dua buah bot nelayan asing berkenaan bersama 18 orang kru serta tekong di perairan Terengganu.

Semua kru bot beserta tekong berusia lingkungan 13 hingga 63 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki sebarang kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia ketika diperiksa oleh Pegawai Maritim Malaysia.

Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Nilai rampasan dianggarkan RM1.5 juta bagi kedua-dua buah bot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini