comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bot nelayan karam: Mayat tekong dijumpai 

 


BATU PAHAT: Insiden bot nelayan karam di Tanjung Segenting di sini, seorang daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang, ditemui lemas, malam ini.

Mayat, Chiah Kah Chong, 53, yang juga tekong bot ditemui nelayan, kira-kira jam 7 malam tadi.

Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff MohdYunus memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Setakat ini, hanya tiga lagi mangsa bot nelayan karam itu belum ditemui iaitu Lee Poh Ling, 68, Tan Hai Lan, 62, dan Daud Darus@Hamid, 53.

Seorang lagi mangsa Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini