comscore
Tumpuan :
Nasional

Buat laporan polis jika terima panggilan scammer guna talian rasmi MOF

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin 

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menghubungi orang ramai secara rawak.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, panggilan berkenaan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

Justeru, MOF mengingatkan orang ramai untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

“MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian
telefon rasmi MOF.

“Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari orang ramai bagi sebarang tujuan,” menurut kenyataan itu.

Jelas MOF, orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan STR atau SARA MOF iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini