comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Buat video kecam polis, remaja lelaki ditahan

BAGAN SERAI: Tindakan remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengan polis dan memuatnaik video kata-kata kesat serta menuduh pihak berkuasa itu menerima wang di aplikasi TikTok, mengundang padah apabila ditahan pihak polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pada Rabu lalu pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular.

Suspek berusia 14 tahun dan rakannya berusia 17 yang memuatnaik video itu, ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek pernah ditahan sebelum ini bagi siasatan ke atas beberapa kesalahan jenayah. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak melulu dan mengikut perasaan atas kesalahan yang dilakukan.

“Sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan dikenakan, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang bagi memastikan tiada kesalahan lain dilakukan serta menggugat institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular satu video berdurasi 37 saat dimana seorang remaja lelaki bertindak memaki dan menuduh pihak polis menerima duit setelah tidak berpuas hati dengan sejumlah saman yang dikenakan terhadapnya.

Loading...
Terkini