MELAKA: Seekor buaya dikesan membaham biawak di Sungai Melaka di sini, pagi tadi.
Kejadian jam 9 pagi itu mencetus kekecohan dalam kalangan pengunjung dan penduduk yang terkejut menyaksikan serangan reptilia dianggarkan sepanjang tiga meter dari kawasan pejalan kaki berhampiran Kampung Morten, di sini.
Seekor buaya dikesan membaham biawak di Sungai Melaka, pagi tadi.
Kejadian jam 9 pagi itu mencetus kekecohan dalam kalangan pengunjung dan penduduk yang terkejut menyaksikan serangan reptilia dianggarkan sepanjang tiga meter dari kawasan pejalan kaki berhampiran Kampung Morten. pic.twitter.com/xhVfUB6XHa
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 8, 2024
Video dirakam penduduk di Sungai Melaka pagi tadi memaparkan kelibat buaya berenang mengekori seekor biawak besar sebelum menyerangnya.
Satu klip video berdurasi satu minit dirakam penduduk turut tular memaparkan kelibat buaya berenang mengekori seekor biawak besar sebelum menyerangnya.
Dalam pada itu, Pengarah PERHILITAN Melaka, Petra Sulai ketika dihubungi BH berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan pemantauan segera di lokasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.