comscore
Tumpuan :
Nasional

Buaya tembaga cuba serang budak ditangkap penduduk

Penduduk menangkap buaya tembaga seberat 200kg selepas dikatakan cuba menyerang seorang budak di Pulau Gaya. – FOTO: NSTP

KOTA KINABALU: Seekor buaya berukuran lebih tiga meter ditangkap penduduk selepas cuba menyerang seorang kanak-kanak di perairan Kampung Lok Baru, Pulau Gaya, di sini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Leftenen (PA) Ezra Daniel Gandui berkata, buaya tembaga ditangkap penduduk kampung menggunakan kaedah jerut, jam 4 petang semalam.

“Buaya sepanjang lebih tiga meter dan berat hampir 200 kilogram diikat oleh anggota APM sebelum dibawa ke MPP Tanjung Aru,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Penduduk menangkap buaya tembaga seberat 200kg selepas dikatakan cuba menyerang seorang budak di Pulau Gaya. – FOTO: NSTP

Ezra berkata, kehadiran buaya itu disedari seorang kanak-kanak yang mandi laut di Kampung Lok Baru.

“Buaya itu dikatakan cuba menyerang kanak-kanak terbabit namun dia sempat menyelamatkan diri naik ke darat dan memaklumkan kepada penduduk kampung.

“Hampir sejam penduduk kampung mencari dan akhirnya buaya itu ditangkap sebelum diserahkan kepada APM,” katanya.

Menurutnya, buaya itu tiba di MPP Tanjung Aru, kira-kira jam 7.05 malam semalam sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini