comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak 10 tahun mangsa pelacuran dihantar ke Rumah Perlindungan – JKM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipaksa menjadi pelacur oleh seorang ‘ibu ayam’ sebelum ini akan dihantar ke Rumah Perlindungan (RP), Kanak-Kanak kendaliannya melalui Perintah Mahkamah, Perlindungan Interim (IPO), Subseksyen 44 (2) Akta Atipsom 2007 bagi tempoh selama 21 hari bermula 23 Februari hingga 14 Mac 2024.

Bagaimanapun JKM berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.

“Dalam tempoh IPO juga, pegawai pelindung di PKMD (Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah) akan membuat satu laporan siasatan dalam tempoh 21 hari.

“Laporan pegawai pelindung akan dikemukakan ke mahkamah bersama-sama laporan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menentukan sama ada kanak-kanak (itu) adalah mangsa atau bukan mangsa.

“Sekiranya kanak-kanak adalah mangsa, kanak-kanak akan ditempatkan di RP melalui perintah Mahkamah di bawah Perintah Perlindungan (PO), Subseksyen 51(3) Atipsom 2007 untuk tempoh selama tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro hari ini.

Media sebelum ini terdahulu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa melalui detik hitam apabila dipaksa memuaskan nafsu lelaki warga asing hingga tiga kali sehari gara-gara dilacur seorang ibu ayam.

Difahamkan, ibu ayam terbabit disyaki melacurkan kanak-kanak malang itu kepada pekerja warga asing di sekitar sebuah pusat perindustrian di Banting, Kuala Langat dengan bayaran RM150 sejak empat bulan lalu.

Menurut sumber, pelacur kanak-kanak terbabit tidak mempunyai hubungan dengan suspek dan difahamkan mangsa diserahkan di bawah jagaan suspek oleh ibu bapanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal dipercayai kanak-kanak berkenaan anak tidak sah taraf daripada pasangan warga asing.

Mengulas lanjut, JKM berkata, dalam tempoh IPO dan perintah perlindungan (PO) di RP Kanak-Kanak, pihak JKM melalui pegawai pelindung akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak itu melalui perkhidmatan yang disediakan.

Antaranya adalah jagaan dan perlindungan, rawatan dan perubatan, khidmat nasihat dan kaunseling, pendidikan, sukan dan riadah.
“Kanak-kanak akan berada di RP sehinggalah kes pendakwaan terhadap suspek selesai.

Setelah pendakwaan selesai, perintah perlindungan akan ditamatkan melalui mahkamah dan kanak-kanak akan dihantar pulang kepada keluarga atau penjaga yang sesuai.

“Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keluarga dan penjaga yang sesuai, kanak-kanak akan ditempatkan di tempat selamat iaitu rumah kanak-kanak di bawah JKM melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini