comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Budak autisme lemas jatuh Sungai Skudai

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki autisme berumur lima tahun lemas selepas terjatuh Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saifulbahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.59 petang.

Bomba menemui mayat budak lelaki autisme berumur lima tahun di Sungai Skudai. – FOTO: Bomba

Mayat mangsa ditemui 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman air empat meter.

“Mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 malam tadi.

“Pihak bomba dimaklumkan mangsa adalah Orang Kurang Upaya (OKU) autisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini