comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan 

Operasi mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Tembeling. – FOTO: NSTP

JERANTUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tembeling dekat Kampung Kuala Sat dekat sini, kira-kira jam 6 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kassim berkata, kanak-kanak tersebut, Mustaqim Rizman dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya.

“Pada peringkat awal ini, tugas pencarian mangsa sedang diselaraskan antara pihak polis, bomba dan penyelamat, persatuan pengedali bot dan penduduk tempatan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejurus menerima panggilan kecemasan tetapi operasi ditangguhkan kerana keadaan gelap dan akan bersambung esok,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd Azam Mohd Abdul Latif melaporkan, anggota bergegas ke tempat kejadian dan melakukan operasi menyelamat dengan menggunakan bot penduduk kampung.

“Seramai, enam anggota bomba dan sebuah jentera telah digerakkan ke kawasan kejadian, manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Kuantan dan Pekan telah dimaklumkan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini