comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak lelaki ditemukan lemas jatuh longkang

Anggota bomba melakukan pencarian di lokasi seorang kanak-kanak usia sembilan tahun dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya di Gombak hari ini. Foto ihsan BBP Rawang.

GOMBAK: Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya di sini, hari ini.

Mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.28 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang membabitkan kekuatan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan, seorang kanak-kanak lelaki jatuh ke dalam longkang berkedalaman hampir satu meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini