comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak lelaki tahan sakit satu jam, jari tersepit pada tombol pintu 

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun terpaksa menahan kesakitan selama satu jam selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu rumah di Jalan Dato Permaisuri di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 pagi tadi.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu,” jelas Henry.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan jari telunjuk yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong khas sekaligus mengeluarkan jari telunjuk mangsa dalam tempoh satu jam.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Tudan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini