comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak panjat balkoni jatuh dari tingkat 6 pangsapuri

Foto hiasan

SERI ISKANDAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 10.50 malam.

Menurutnya, mangsa segera dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan sebelum menerima rawatan lanjut di wad unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kini disahkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa tinggal bersama kakak berusi 12 tahun dan adik perempuan berusia dua tahun 9 bulan, manakala ibu mangsa berada di tempat kerja.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari rumah semasa memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini