comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak perempuan hilang ditemukan selamat

ISKANDAR PUTERI: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang hilang selepas ditinggalkan bapanya di dalam kereta ketika membeli makanan ditemukan selamat hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som, berkata kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari.

Beliau berkata, bapa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendapati anak perempuannya tiada dalam kereta, selepas beliau keluar membeli makanan.

Menurutnya, ketika mangsa berada di dalam kereta, pintu kereta tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.

“Anak ini keluar dari kereta sehingga sepasang suami isteri yang menaiki kereta ternampak anak ini.

“Pasangan itu menghantar mangsa ke sekolah berdasarkan logo pada pakaian sekolah.

“Kemudian ibu bapa mangsa dihubungi guru kelas terbabit dan memaklumkan mangsa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini