comscore
Tumpuan :
Nasional

Bukan mudah siasat individu berprofil tinggi

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim aneh dengan sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menyiasat beberapa individu berprofil tinggi.

Beliau menegaskan,usaha yang dilakukan kerajaan pimpinannya kini adalah untuk memastikan kekayaan negara tidak dirompak.

“Curi-curi, Kalau kita hendak ambil tindakan marah, ini  Perdana Menteri ini kasar sangat, ambil tindakan, ini bagi saya aneh,sepatutnya kamu sokong bukan senang mahu siasat Tun- Tun.”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Program Pesta Ponggal Kebangsaan di sini hari ini.

“Ini mahu siasat orang kaya,curi duit tidak senang tapi oleh kerana kita mahu jaga ini negeri.”

Tambah beliau, usahanya kini adalah untuk membasmi kemiskinan ,meningkatkan sistem kesihatan dan pendidikan.

“Kerajaan dulu kurang bagi perhatian untuk jaga nasib rakyat yang paling miskin, jadi tahun lalu kita lancarkan mana anak masuk kategori miskin tegar kita noktahkan tahun lalu juga”

Loading...
Terkini