comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Buletin Utama juara berpasukan kejohanan boling media HAWANA 2023

IPOH: Pasukan Buletin Utama muncul juara kategori berpasukan Kejohanan Boling Media yang diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Aeon Kinta City di sini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

Tempat kedua milik pasukan Bernama TV yang membawa pulang RM1,200 manakala Strike Force dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di tempat ketiga bagi merangkul hadiah wang tunai RM900.

Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd Kamaruddin Mape diumum sebagai juara kategori High Series serta High Game Pegawai Kanan Media dan membawa pulang wang tunai RM300.

Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd Kamaruddin Mape pula diumum sebagai juara kategori High Series serta High Game Pegawai Kanan Media dan membawa pulang wang tunai RM300.

Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Bernama Harlina Samson menduduki tempat kedua kategori sama.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama Jamaluddin Muhammad, yang menanggung tugas Ketua Pengarang, dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan penyertaan pelbagai agensi media dalam kejohanan itu.

Kejohanan kali ini turut disertai Persatuan Wartawan Wanita Malaysia, Persatuan Pengamal Media Perak, Kelab Akhbar Pulau Pinang, Kelab Media Mutiara, Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Jurugambar Utusan Malaysia Muhamad Nazreen Syah Musthafa, 35, berkata penganjuran kejohanan sedemikian dialu-alukan kerana dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pengamal media.

Wartawan New Straits Times Mikail Ong, 42, pula berkata beliau dan rakan-rakannya sanggup turun ke Ipoh dari Pulau Pinang semata-mata untuk meraikan sambutan HAWANA 2023.

“Kami datang dari Pulau Pinang untuk memeriahkan suasana dan untuk berkenalan dengan pengamal media di sini… Kami sangat gembira kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan HAWANA tahun ini, HAWANA memang hebat,” katanya.

Bagi wartawan akhbar Borneo Post Ronnie Teo Teck Wei, 36, penganjuran program sempena sambutan HAWANA adalah peluang yang sangat baik untuk beliau bergaul dan berkenalan dengan pengamal media dari Semenanjung.

“Selama ini, kami rasa agak terpinggir dengan semua perkara yang berlaku di Semenanjung. Jadi, peluang untuk berkumpul seperti ini adalah sesuatu yang amat baik,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini