comscore
Tumpuan :
Nasional

Bumbung Plaza Tol Telemong rosak dipukul ribut

FOTO: NSTP

KUALA BERANG: Kejadian ribut kencang dan hujan yang berlaku semalam menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung Plaza Tol Telemong, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini.

Pengurus Wilayah LPT2 Mohamad Pazli Kasim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 malam tadi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna dan kakitangan yang bertugas.

FOTO: NSTP

“Terdapat dua lorong tol yang ditutup malam tadi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pembaikan segera.

“Namun, dua lorong keluar di plaza tol ini sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula jam 9.20 malam tadi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak jurutera sedang melakukan pemeriksaan lanjut ke atas struktur bangunan bagi mengenal pasti nilai kerugian dialami.

“Orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-88-0220 bagi mendapatkan maklumat terkini operasi Plaza Tol Telemong,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini