comscore
Tumpuan :
Nasional

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir Tahun Ini.

KUALA LUMPUR — Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat membeli kredit karbon secara sukarela daripada projek dan penyelesaian mesra alam.

Sejajar dengan kesedaran yang semakin meningkat terhadap usaha berkaitan iklim, VCM akan memainkan peranan penting dalam menyokong pembiayaan bagi projek dan penyelesaian yang mengurangkan, menyingkirkan atau mengelakkan pelepasan gas rumah hijau.

“Penyertaan dalam pasaran karbon sukarela akan membolehkan syarikat mengimbangi jejak pelepasan karbon mereka dan memenuhi matlamat iklim sukarela mereka,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini. 

Menerusi VCM, kedua-dua pembeli dan pembekal akan dapat melakukan transaksi kredit karbon berkualiti tinggi pada harga yang telus. 

“Bursa Malaysia berhasrat untuk menawarkan produk kredit karbon yang distandardkan bagi dagangan menerusi pasaran VCM berasaskan peraturan. Akan ada kategori produk berbeza bagi kredit karbon yang diperoleh daripada penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan teknologi yang mengurangkan atau menyingkirkan pelepasan karbon. Selain itu, ia juga akan melabelkan produk untuk membezakan antara kredit karbon yang diperoleh di Malaysia dan global,” kata Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia mempelawa pemaju projek yang berminat untuk mengemukakan hasrat mereka untuk membekalkan kredit karbon bagi lelongan serta pasaran VCM. 

Begitu juga, pembeli korporat yang ingin menyertai dalam lelongan dan pembelian kredit karbon digalakkan untuk menghubungi Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut.

— BERNAMA

Loading...
Terkini