comscore
Tumpuan :
Nasional

Cadangan Ocean Infinty bagi teruskan pencarian MH370 akan diteliti – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.- Foto fail NSTP

HULU SELANGOR: Kerajaan akan meneliti cadangan firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Oceans Infinity bersedia untuk memulakan misi pencarian pada November ini, bagaimanapun perkara itu perlu melalui beberapa proses dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kabinet.

“Untuk ke arah itu (misi pencarian pesawat MH370), kerajaan perlu membuat beberapa langkah antaranya kita perlu bincang lanjut maklumat yang diberikan dan juga perlu ada satu perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Oceans Infinity.

“Perkara ini perlu kerana ia akan menyebabkan implikasi kewangan sekiranya pesawat berkenaan dapat dicari, jadi ia memerlukan kelulusan kabinet untuk kita mulakan misi pencarian berkenaan,” kata pada sidang media Program Karnival Kerjaya ECRL di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini