comscore
Tumpuan :
Nasional

Cadangan teruskan misi pencarian MH370 akan dibawa ke Kabinet Ogos depan – Loke

SEREMBAN: Kesediaan firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity untuk meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014 dijangka akan dibawa ke peringkat Kabinet pada Ogos depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menyediakan kertas cadangan secara terperinci terlebih dahulu sebelum di bawa ke Kabinet.

“Setakat ini, kita belum buat keputusan lagi kerana kertas cadangan belum dibawa ke Kabinet.

“Ia perlukan masa sebab kita memerlukan kertas cadangan daripada mereka (Ocean Infinity) dulu sebelum menyediakan kertas cadangan untuk dibawa kepada Kabinet.

“Ia (kertas cadangan) akan naik (dibawa) ke Kabinet pada Ogos nanti untuk dipertimbangkan,” katanya selepas merasmikan dewan baharu terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Sikamat di sini, hari ini.

Loke (tengah) bersama Roslan (enam dari kanan) dan Ramadhawati (lima dari kiri) bergambar di hadapan dewan pada Majlis Perasmian Dewan DSHAH di SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Sikamat. – FOTO: NSTP

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin dan Pengetua sekolah itu, Datin Ramadhawati Wahab.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan meneliti cadangan Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang.

Oceans Infinity dilaporkan bersedia untuk memulakan misi pencarian pada November tahun ini.

Bagaimanapun, perkara itu perlu melalui beberapa proses dan mendapatkan kelulusan daripada Kabinet.

Kerajaan perlu membuat beberapa langkah antaranya perbincangan lanjut berkaitan maklumat yang diberikan, selain mewujudkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Oceans Infinity.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini