comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Caj kod QR: Tidak bebankan golongan berpendapatan rendah, tunggu penjelasan BNM 

 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR : Sebarang caj bagi transaksi pembayaran menggunakan kod QR tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu sudah dibincangkan dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sudah melakukan perbincangan bersama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam.

“Gabenor akan mengemukakan penjelasan dan akan dimaklumkan kelak.

“Saya dah bincang dengan governor semalam, mengikut dia penjelasan akan diberikan dan tidak dikenakan kepada golongan bawahan.

“Bank negara ada tugas dia biar dia jalankan tugas,” katanya ketika ditemui media selepas melawat pameran ‘Not Your Normal Exhibition: Welcome To PostNormal Times’ di KL Jazz & Art Center, di sini harini.

Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan caj bagi pembayaran menggunakan platform kod QR Duitnow mulai 1 November ini.

Semalam, pengendali platform pembayaran melalui kod QR memaklumkan mengenai caj yuran transaksi berkenaan dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit.

Mengulas mengenai sama ada caj penggunaan kos QR itu akan ditarik balik, Datuk Seri Anwar menegaskan perkara itu bergantung kepada keputusan BNM.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini