comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Caj plastik 20 sen untuk program kelestarian alam sekitar Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan caj 20 sen bagi beg plastik yang diperkenalkan sejak 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata, kerajaan negeri membelanjakan kutipan caj itu bagi melaksanakan program ke arah kelestarian alam sekitar dan hijau.

Selangor rekod RM20 juta kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini. FOTO: NSTP

“Kerajaan negeri menjalankan program kitar semula serta kempen dan program Mesra Alam, yang menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik.

“Kerajaan negeri juga memberi beg kitar semula dan bekas makanan secara percuma kepada rakyat, melaksanakan Program Sistem Pengumpalan Air Hujan, Kebun Komuniti dan pertanian secara hidroponik menggunakan hasil caj ini.

“Selain itu, kita melaksanakan pemasangan lampu solar, program pengumpulan minyak terpakai serta kempen hari tanpa kenderaan dan banyak lagi secara berterusan,” katanya kepada BH.

Semalam, Loy Sian dilaporkan berkata, kerajaan negeri bercadang menaikkan kadar caj plastik atau mengadakan hari tanpa beg plastik, berikutan peningkatan penggunaan beg plastik di Selangor.

Setakat 30 Jun lalu, kutipan caj beg plastik di negeri itu adalah RM4.8 juta dan dijangka mencecah lebih RM9 juta tahun ini.

Kerajaan Selangor merekodkan RM20 juta kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini. – BERITA HARIAN

 

 

Loading...
Terkini