comscore
Tumpuan :
Nasional

Calon Peguam Negara akan dibincang kerajaan

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

PUTRAJAYA: Calon pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara belum diputuskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan kelak.

“Kita akan bincang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sudah mempunyai calon menggantikan Idrus selepas kontraknya berakhir, bulan depan.

Idrus dilantik sebagai Peguam Negara secara kontrak selama dua tahun bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas bermula 6 Mac 2020 sebelum disambung setahun lagi bermula 6 Mac tahun lalu.

Tiga nama disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Idrus dan dikatakan sudah dikemukakan ke pejabat Perdana Menteri.

Mereka adalah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin serta Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini