
KUCHING: Limpahan air Sungai Batang Rajang menyebabkan beberapa kawasan rendah di tepi sungai berkenaan dinaiki air, hari ini.
Keadaan itu turut menyulitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk ke pusat peperiksaan selepas jalan ditenggelami air.
Limpahan air Sungai Batang Rajang menyebabkan beberapa kawasan rendah di tepi sungai berkenaan dinaiki air, hari ini.
Keadaan itu turut menyulitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk ke pusat peperiksaan selepas jalan ditenggelami air.
Justeru, khidmat pasukan… pic.twitter.com/zu57RKYnWW
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 13, 2025
Justeru, khidmat pasukan keselamatan diperlukan bagi membantu membawa tujuh pelajar ke pusat peperiksaan, bersama dua guru dan tiga pengawas peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua, Bawang Assan di Sibu.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7 pagi daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu untuk bantuan khas itu.

Seramai tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama dua anggota tentera terbabit dalam operasi penghantaran yang turut disertai dua kakitangan PPD Sibu.
“Penghantaran pelajar serta pengawas peperiksaan itu berjalan lancar dan mereka selamat tiba di pusat peperiksaan pada 7.30 pagi,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.