comscore
Tumpuan :
Nasional

Calon SPM lemas di Air Terjun Sungai Pandan

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Seorang pelajar sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui lemas ketika mandi bersama rakan di Air Terjun Sungai Pandan di Panching, dekat sini, hari ini.

 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa Muhammad Irfan  Mohd Shafie, 17, dilaporkan bersama 14 rakan termasuk seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Indera Mahkota, di sini, dilaporkan ke sungai terbabit tengah hari tadi.

Menurutnya, ketika mandi bersama rakan-rakannya, mangsa dikatakan dibawa arus dan tenggalam di kawasan kolam semula jadi berhampiran kawasan air terjun.

Katanya, seorang pengunjung menyedari kejadian itu segera menghubungi bomba kira-kira jam 2:48 petang tadi.

“13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Taj serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat laporan,”

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat bertindak melakukan pencarian di permukaan air menggunakan “grappling iron” di sekitar kawasan mangsa dilaporkan tenggelam,”

“Mayat mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman hampir dua meter kira-kira jam 4:06 petang.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Zulfadli, mayat mangsa diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini