Tumpuan :
Nasional

Carol Abbey dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2023

PENAMPANG: Graduan Ekonomi Kewangan, Carol Abbey Gail dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 pada kemuncak hari terakhir Sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, sebentar tadi.

Menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS), gadis berusia 24 tahun yang mewakili daerah Papar itu berjaya menewaskan 49 peserta lain yang turut mara ke pusingan akhir.

Kemenangan itu menyaksikan Carol mengambil alih takhta UNK daripada pemenang 2022, Freneritta Sobitun.

Anak kedua daripada tiga beradik itu, membawa pulang wang tunai sebanyak RM16,000 berserta hadiah iringan termasuk biasiswa pendidikan dari Universiti Kolej North Borneo.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Calby Floresa yang mewakili daerah Kota Marudu, manakala tempat ketiga dimenangi wakil Tambunan, Clerice Olvia.

Loading...
Terkini