comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Cedera tertusuk serampang

Serampang yang tertusuk paha kanan seorang gadis di Bintulu, awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan JBPM

KUCHING: Bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan serampang yang tertusuk paha kanan seorang gadis di Bintulu, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Bintulu bagi memohon bantuan khidmat khas itu, pada jam 1.37 pagi.

Berikutan itu, katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berkenaan.

 

“Setiba di Hospital Bintulu, iaitu gadis berkenaan didapati tertusuk besi serampang di paha kanannya seperti dilaporkan.

“Bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi memotong besi serampang itu,” katanya sambil menambah, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut selepas serampang berjaya dikeluarkan.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Loading...
Terkini