comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Chegu Bard dipanggil polis ekoran hantaran FB

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan akan memanggil aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard untuk memberi keterangan berhubung satu hantaran dibuatnya di Facebook (FB) ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Chegu Bard akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada 17 November lalu, kita menerima laporan polis berkenaan satu hantaran dalam FB yang dibuat oleh satu akaun iaitu Che’GuBard Original.

“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan lelaki berkenaan akan datang ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mersing untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Pengesahan itu dibuat Cyril terhadap kenyataan Chegu Bard di FB semalam, yang mendakwa akan ke IPD Mersing jam 2.30 petang ini selepas dipanggil pihak polis.

Chegu Bard dalam hantaran FB semalam mendakwa polis membuka kertas siasatan ke atasnya berhubung isu berkaitan perlombongan emas, perlombongan pasir dan dakwaan khazanah Mersing dipunggah keluar.

Loading...
Terkini