comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan

KUALA LUMPUR: China akan bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan, memanfaatkan sepenuhnya kekuatan pelengkap, dan mempromosikan kemajuan kukuh dalam projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Dua Taman.

Perdana Menteri China, Li Qiang berkata, negara itu juga akan mengembangkan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, meluaskan kerjasama dalam bidang logistik, tenaga baharu, kecerdasan buatan, ekonomi digital, dan peralatan kereta api serta mempertingkatkan kerjasama dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Beliau tiba untuk lawatan rasmi selama tiga hari di Malaysia pada Selasa, iaitu destinasi ketiga dan terakhir dalam lawatannya selama lapan hari yang telah membawa beliau ke New Zealand dan Australia.

“Kedua-dua negara juga perlu memperdalam pelancongan, pendidikan, belia, hubungan sub-nasional, pertukaran antara rakyat dan budaya, serta memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua pihak,” kata Li dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China.

China juga ujarnya bersedia untuk meningkatkan koordinasi multilateral dengan Malaysia untuk bersama-sama menggerakkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Aman dan nilai-nilai Asia tentang keamanan, kerjasama, keterangkuman dan integrasi, mendukung pemusatan ASEAN dalam kerjasama serantau, memajukan pelaksanaan berkualiti tinggi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

China katanya komited untuk menyelesaikan rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0 secepat mungkin bagi memberi sumbangan yang lebih positif kepada keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan di rantau ini dan dunia yang lebih luas.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini