comscore
Tumpuan :
Nasional

CIQ BSI sekali lagi alami gangguan elektrik 

Foto ihsan JIM Johor

JOHOR BAHRU: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang semalam.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gangguan itu berlaku pada jam 4.15 petang, sebelum pulih sejam kemudian selepas tindakan dilakukan pihak berwajib.

“Pada jam 5.15 petang, bekalan elektrik kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sedia kala.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI, yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi, bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan lancar,” kata hantaran itu.

CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, selepas yang pertama pada Disember tahun lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini