comscore
Tumpuan :
Nasional

Congo perluas kempen vaksinasi mpox, tumpu barisan hadapan

FOTO: Reuters

GOMA: Republik Demokratik Congo memperluas kempen vaksinasi cacar monyet atau mpox.

Peringkat seterusnya ini ditumpukan kepada petugas barisan hadapan terutama anggota kesihatan.

Langkah itu sebagai salah satu cara melindungi dan membendung penularan dalam kalangan petugas yang berdepan dengan penghidap mpox atau paling berisiko.

Fasa terbaharu kempen yang bermula Sabtu bagaimanapun setakat ini hanya merangkumi sebilangan kecil kakitangan berkenaan di Goma.

Namun ia akan diperluas dan percepat dalam masa terdekat.

Congo melaporkan lebih 30,000 kes disyaki dan disahkan menghidapi mpox sejak Januari sehingga kini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO), ia merangkumi 90% kes di benua Afrika tahun ini.

265,000 dos vaksin telah disediakan, pihak kesihatan menyasarkan ia mampu memenuhi keperluan ketika ini sebelum keadaan lebih meruncing.

Ogos lalu, WHO mengumumkan mpox sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini