comscore
Tumpuan :
Nasional

COP PALSU | Dua Ejen Direman

Dua individu yang dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah pemalsuan cop sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 4 Disember 2020 itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu telah berjaya dikesan dan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, petang semalam.

Tangkapan ini menjadikan jumlah yang ditahan seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini