comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19 : 3,267 kes baharu, 10 kematian

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,267 kes baharu COVID-19 dengan 10 kematian dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 4,898,624 kes.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan 3,265 kes adalah penularan tempatan.

Manakala dua lagi kes import.

Secara keseluruhannya, negara masih mempunyai 34,829 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 .

Daripada jumlah itu, 95 peratus bersamaan 33,103 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 1,635 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) 28 kes dan 63 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengikut laporan KKMNOW, 10 kes kematian akibat jangkitan itu dilaporkan semalam dengan dua daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah korban di negara ini mencecah 36,514 kes dengan 7,772 kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam membabitkan 4,026 kes.

Jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,865,677 kes. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini