comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19: Jangkitan harian meningkat 2,516 kes, 11 kematian

PETALING JAYA: Jangkitan harian COVID-19 meningkat 2,516 kes semalam dengan 11 kematian dilaporkan. Ia berbanding 2,121 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu melibatkan 2,513 kes penularan tempatan manakala tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 meningkat kepada 4,971,936 kes dan 36,620 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,003 kes aktif COVID-19, termasuk 93 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

59 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,839 orang atau 6.8 peratus menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,643 pesakit dilaporkan sembuh.

Loading...
Terkini