KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan proses imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah.
Menerusi satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan orang ramai untuk tidak membenarkan mana-mana individu untuk berbuat demikian.
“MKN menasihatkan semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang sedang melanda kini.
“Sila ambil perhatian dan (ambil) tindakan sewajarnya,” katanya, hari ini.