comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuaca buruk di hampir seluruh negara petang ini 

KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di lapan negeri selain tiga Wilayah Persekutuan dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu membabitkan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah dan Hulu Perak, Perak.

Selain itu, Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga berdepan cuaca sama.

“Bagi Pahang, kawasan yang dikesan berdepan amaran cuaca itu ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

Selangor pula membabitkan Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak membabitkan Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang juga dijangka berdepan amaran cuaca itu,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu berkata, kawasan diramal berdepan cuaca sama di Sabah ialah pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat selain Labuan.

Loading...
Terkini