comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuaca panas dengan suhu 35 darjah Celsius diramal berlarutan 7 hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah akan berlarutan dalam tempoh tujuh hari.

Bagaimanapun, agensi itu memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang dan awal malam.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” kata METMalaysia dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ekuinoks iaitu fenomena yang berlaku dua kali setahun pada 20 Mac dan 22 September apabila matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, memberi kesan minimum terhadap suhu dan cuaca negara.

Pada hari kejadian ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang, masing-masing 12 jam.

Loading...
Terkini