comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuaca panas di Perlis kekal Tahap Dua, daerah di Perak, Kedah Tahap Satu

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kawasan di negeri Utara kekal catat status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan kawasan itu termasuk daerah Langkawi, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah.

Selain itu, katanya Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak turut merekodkan status cuaca tahap satu.

“Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Selain itu, kawasan Perlis pula kekal merekodkan cuaca panas Tahap Dua atau dikategorikan sebagai gelombang haba.

“Status cuaca panas Tahap Dua atau gelombang haba pula dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata hantaran itu.

Untuk mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini