comscore
Tumpuan :
Nasional

Percubaan kali ke-7 bawa tuah untuk Suhaizan

JOHOR BAHRU: Percubaannya untuk bertanding buat kali ketujuh akhirnya membuahkan hasil buat Suhaizan Kayat.

Bekas Speaker DUN Johor berusia 50 tahun itu sebelum ini pernah bertanding sebanyak enam kali antaranya di DUN Pulai Sebatang, DUN Kukup, DUN Kempas dan Parlimen Simpang Renggam.

Jelasnya kemenangan itu membuktikan sokongan rakyat terhadap kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekali gus menolak gelombang hijau yang dicanang pembangkang akan melanda Johor.

“Dalam Pilihan Raya Kecil Pulai ini kami mengadakan hubungan yang sangat erat kerjasama setiap hari kempen oleh pimpinan-pimpinan besar daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Kemenangan ini juga menggambarkan bahawa perpaduan dalam kerajaan perpaduan ini telah diterima baik oleh masyarakat khususnya di Johor dan saya kira ianya akan memberi kesan yang baik kepada seluruh negara,” katanya selepas selesai pengumuman malam tadi.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kematian Datuk Seri Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 23 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 November tahun lalu, Datuk Seri Salahuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti 33,174 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PN.

Loading...
Terkini